Banyak perkara telah berlaku dan yang paling aku gembirakan adalah berjaya keluar dari bawah tempurung dan gangguan Kumbang2 dan lalang perosak ^^ Yuhuuu
Pada tahun 09 juga aku telah memulakan karier sebagai freelancer fulltime sebagai CGI Artist dan Designer dan aku mendapat projek pertama design utk menghasilkan booklet belon2 terbang.

Kemudiannya aku berjaya mereka bentuk konsep baru bagi identiti Pixie Studio bersama2 dengan Ms Pixie dan daripada beliau lah aku memperlajari selok belok dan strategi yang menarik dalam perniagaan. Beliau sgt mahir dalam aspek pengurusan dan biz plan juga ditulis olehnya. Untuk menghasilkan jenama sendiri bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil sekiranya ada kesungguhan dan kami mencontohi MCKY sebagai jenama tersohor dalam Dunia Kartun.
Pelbagai servis yang Pixie Studio tawarkan dan projek yg kami dapat kebanyakkan ditapis oleh kerana kekurangan tenaga mahir, masih ku ingat dalam ingatan projek 3D pertama yang aku hasilkan adalah meja berkonsepkan papan rehal ^^

Sikit demi sedikit aku dan partner mengumpulkan modal bagi menghasilkan produk pertama kami iaitu Couple Tee ^^ dengan menghasilkan kajian dan permintaan produk ini akhirnya kami dapat menghasilkan style dan konsep kami sendiri yeah! Chumil dan Kegembiraan ^^

Alhamdulilah Produk Pixie mula dikenali walaupun hanya di dunia Maya sahaja tetapi ianya mempunyai future dan peluang yang baik pada masa akan datang ^^ Ianya sememangnya produk yang boleh dikormersialkan dengan secara besar besaran ^^ Modal??? hehehehe
Bukan itu sahaja malahan Pixie Studio mempunyai produk lain seperti Button Badge (kini kualitinya bertambah baik dengan cetakkan laser ^^ nasib baik ada biz partner yang mempunyai machine yg canggih)

Button Badge tempat aku luahkan segala idea dan konsep bagi penghasilan projek rahsia pd masa akan datang (ianya memerlukan jangka masa dan modal yg banyak)
Namun ianya tidak melemahkan semangatku kerana aku mempunyai Keluarga dan teman2 yang menyokong dan mempercayai apa yg tengah aku usahakan ^^



^^ banyak yg berlaku pada tahun 2009 sebenarnya mata sudah mengantuk banyak nak tulis tapi hehe simpan2 jugak dulu. Ha lupa lak adik aku dah bersunat gak tahun ni di sini aku ada tangkap beberapa perkara yg berlaku seperti majlis berkhtan, majlis tunang2, dll




Bagi yang hendak mengetahui tentang aktiviti terkini aku leh add FB aku dengan email azim_crystal@yahoo.co.uk
atau nak tgk2 Pixie leh masuk www.pixiestudio.com.my atau http://pixiestudioblog.blogspot.com
p/s : jangan takut merubah masa depan anda kerana anda sendiri yg menentukan hala tuju hidup anda ^^
Jadi 2010? Apa seterusnya?
Nantikan....
2 comments:
Assalamualaikum, kagum ngan liku-liku sedare, best! ada azam ada usaha ~ saya dah taruk lonk blog sedara kat http://jom-3d.blogspot.com :)
lonk=link
Post a Comment