Hye semua ^^ Salam 1 Malaysia,
Di awal pembabitan aku di dalam perniagaan design Couple Tee pada mula2nya agak sukar menghasilkan jenama dan mendapatkan pelanggan untuk membeli produk Pixie. Kerana Pixie masih baru dan ramai yg belum mengetahui kualiti dan style serta kepercayaan kepada produk masih berkurangan pd awalnya. Alhamdulilah ianya semakin hari semakin mendapat sambutan, dan aku mampu tersenyum melihat akaun bank yang sudah mula bertambah sehari demi sehari. Seakan2 magik kesemua prospek boleh dikatakan aku tidak mengenali mereka langsung ^^
Aku tercari2 identiti sebenar Pixie melalui gaya persembahan, mesej, stroke, semuanya diambik kira malahan aku selalunya mengutamakan Story Telling di dalam semua rekaan Couple Tee Pixie. Berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan customer sangat hebat dan menarik sekali ^^ mereka memakai couple tee seolah-olah baju mereka sendiri. Aku hanya mampu tersenyum dan berpuas hati melihat gelagat pelanggan Pixie.
Kini rekaan Couple Tee semakin bertambah, banyak rekaan telah dibuat, walaupun masa agak terhad dan singkat hehe namun aku cuba menyelit jua ^^ Kali nie kami mengetengahkan rekaan sekuel Chasing Love dimana rekaan kali ni merupakan sambungan cerita kepada rekaan lama. Rekaan baru ini dinamakan sebagai Dinner Love. Manakala rekaan kedua yg dipilih adalah Hers&His. Rekaan ini boleh dikatakan konsep baru bagi Pixie, namun Tema asal masih diketengahkan, masih chumil dan cute. Penyampaiannya saja berbeza.
*untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi kami, http://pixiestudioblog.blogspot.com
p/s: masa untuk menyiapkan rekaan2 grafik yang lain semoga berjumpa lagi ^^
No comments:
Post a Comment