Hebatnya 2009, Selamat Datang 2010 \(^,^)/

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat teman2ku dan para pengunjung blog TCO ini. Tahun 2009 sudah berlalu dan 2010 mula membuka lembaran baru, tahun 2010 ini inginku mengejar azam baru yang baru terlintas di hatiku untuk dilunaskan pada tahun 2010 ^^

Banyak perkara telah berlaku dan yang paling aku gembirakan adalah berjaya keluar dari bawah tempurung dan gangguan Kumbang2 dan lalang perosak ^^ Yuhuuu

Pada tahun 09 juga aku telah memulakan karier sebagai freelancer fulltime sebagai CGI Artist dan Designer dan aku mendapat projek pertama design utk menghasilkan booklet belon2 terbang.

Dari sini aku mula bergaul dengan kaki2 biz dan boleh dikatakan kesemuanya sangat2 tua berbanding dengan umurku pada masa itu 22 tahun. Malahan di sinilah aku mula mempelajari selok belok surat2 perjanjian, DO, PO, invois dan lain2 bagi menggelakkan ditipu oleh org2 tua yg bermulut manis ini ^^ paling aku tidak dapat lupa kebanyakkan yg aku jumpa semuanya bermulut manis. Hehe

Kemudiannya aku berjaya mereka bentuk konsep baru bagi identiti Pixie Studio bersama2 dengan Ms Pixie dan daripada beliau lah aku memperlajari selok belok dan strategi yang menarik dalam perniagaan. Beliau sgt mahir dalam aspek pengurusan dan biz plan juga ditulis olehnya. Untuk menghasilkan jenama sendiri bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil sekiranya ada kesungguhan dan kami mencontohi MCKY sebagai jenama tersohor dalam Dunia Kartun.

Pelbagai servis yang Pixie Studio tawarkan dan projek yg kami dapat kebanyakkan ditapis oleh kerana kekurangan tenaga mahir, masih ku ingat dalam ingatan projek 3D pertama yang aku hasilkan adalah meja berkonsepkan papan rehal ^^


Sikit demi sedikit aku dan partner mengumpulkan modal bagi menghasilkan produk pertama kami iaitu Couple Tee ^^ dengan menghasilkan kajian dan permintaan produk ini akhirnya kami dapat menghasilkan style dan konsep kami sendiri yeah! Chumil dan Kegembiraan ^^

Menghasilkan rekaan t-shirt sebenarnya sangat sukar jika dibandingkan dengan menghasilkan animasi ^^ Ini kerana mesej yang hendak disampaikan kepada audien adalah amat terhad iaitu hanya 1 gambar sahaja bagi menjelaskan keseluruhan cerita ^^ berbeza dengan animasi yang mempunya kerangka masa yang cukup bagi menceritakan mesej tersebut. Melalui pergerakan sahaja kita boleh menerima dan memahami mesej tetapi bagaimana jika hanya mempunyai 1 frame sahaja? seperti T-shirt Couple ^^

Alhamdulilah Produk Pixie mula dikenali walaupun hanya di dunia Maya sahaja tetapi ianya mempunyai future dan peluang yang baik pada masa akan datang ^^ Ianya sememangnya produk yang boleh dikormersialkan dengan secara besar besaran ^^ Modal??? hehehehe

Bukan itu sahaja malahan Pixie Studio mempunyai produk lain seperti Button Badge (kini kualitinya bertambah baik dengan cetakkan laser ^^ nasib baik ada biz partner yang mempunyai machine yg canggih)


Button Badge tempat aku luahkan segala idea dan konsep bagi penghasilan projek rahsia pd masa akan datang (ianya memerlukan jangka masa dan modal yg banyak)

Namun ianya tidak melemahkan semangatku kerana aku mempunyai Keluarga dan teman2 yang menyokong dan mempercayai apa yg tengah aku usahakan ^^

Showroom Pixie Studio ^^ Idea dari ayahku sendiri. Hehe tak terpikir untuk display artwork aku sampai macam ni hehehehe. Dalam mengharungi hari demi hari aku telah berkenalan dengan ramai orang yg aku sememangnya tidak kenal, dan kebanyakkannya ialah student2 dari IPT sendiri ^^

(salah satu projek tutorial khas yang aku hasilkan)

Tahun ini juga aku berpeluang merasai sendiri bagaimana berkonvo ^^ walaupun ciput jer yg berjaya grade dari 150 orang kot masa sem 1, aku bersyukur dapat setelkan pelajaranku di KYM. TQ kepada pensyarah2 di KYM kerana memberikanku ilmu yg bermanfaat utk digunakan dalam mencari rezeki yg halal ^^





^^ banyak yg berlaku pada tahun 2009 sebenarnya mata sudah mengantuk banyak nak tulis tapi hehe simpan2 jugak dulu. Ha lupa lak adik aku dah bersunat gak tahun ni di sini aku ada tangkap beberapa perkara yg berlaku seperti majlis berkhtan, majlis tunang2, dll

Seriusly ni la aku rase aku menaip byk2 mcm ni huhu ke gbr yg byk ni hehehe ^^ Alhamdulilah dengan keuntungan perniagaan Pixie aku berjaya mendapatkan sebuah kamera SLR yg aku idam2kan dr zaman kolej lagi. Aku cuba nak merokai bidang Photography juga kerana amat meminati dunia photography.

Masih ingat lg, dulu aku memulakan biz Pixie nie dgn wang RM300 jer tu pun habis wat beli hosting dan domain name ^^ Dengan hutang motor biruku itu lagi ^^ Alhamdulilah motor dah selesai dibayar dan kini tinggal hutang PTPTN jer hehe (Along pelajar la katakan)

Bagi yang hendak mengetahui tentang aktiviti terkini aku leh add FB aku dengan email azim_crystal@yahoo.co.uk

atau nak tgk2 Pixie leh masuk www.pixiestudio.com.my atau http://pixiestudioblog.blogspot.com

p/s : jangan takut merubah masa depan anda kerana anda sendiri yg menentukan hala tuju hidup anda ^^

Jadi 2010? Apa seterusnya?

Nantikan....

update Awang Selamat

Minggu ini paling bz dlm kamus harianku, Melaka dh mcm blakang umahku sajer, huhu dengan bermodalkan motor kapcai RX10 ku itu, ku redah jua dr Melaka ke Klang atas urusan perniagaan. Watak Awang ni aku sempat update ckit2 jer, kali nie aku dh pacakkan Tulang2 dan sudah meletakkan sebahagian controller yg penting. Masih banyak proses lagi perlu disiapkan termasuklah,
- Controller bahgian mata,
- Blend Shape (ekspresi muka)
- Texturing (giler ar tak letak lg rupanya)
- Paint weight (Skinning) pun tak wat lg...

p/s: Penat tp berbaloi perjalanan itu, ku mengenali 3 orang Tuan Haji...Pergh!! Anyway selamat menjalani ibadah puasa bg seluruh umat islam Yuhuuu Pose Beb!

Mr Awang Selamat a.k.a Comfirm selamat punyer


Heys my cute Friends!! I have finished character modelling but
only modelling part hehe.....still got lot of things to do ...
Let's go for Texturing Part (Olalala)

Autodesk Maya 08
2 night /(*,o)\

p/s:Camat Berpocer bg seluruh warga dunia Yuhuu!!

Sunday Cup \(^,^)/

Salam teman2ku yg teristimewa, hari ini saya tiba2 rase nak melukis, lama kot tak post artwork2 lukisan pensel,  lukisan yg 1st ni  aku layan kan jer lama tak lukis line makin serabut, tu lah tak lukis hari <---adeh kn rajinkan wat lukisan gak aiyark! Caiyok3!

Yang ni actually sama jer dgn atas cuma aku lahirkan dlm style tersendiri, tak tau lah jadi apa, hehe hari ahad sambil berehat sambil lukis. Teringin nak ambil kelas lukisan. Banyak kena study balik huhu. Kepada rakan2 yg dah sambung blaja balik, selamat menempuh alam persekolahan hehe. Nanti aku join insyaAllah (Kalau dapat ar)

p/s: jom sama2 doakan agar ms pixie cepat sembuh beliau cakit huhu

Cameron Highland V3




Salam buat teman2ku yg semakin chumil2 belaka, hari ini inginku coretkan sebuah nukilan pengembaraan ke sebuah destinasi yg dulunya sejuk tetapi makin tak sejuk hehe, dulunya minyak pun kn timbang coz beku masa nak beli but now kerakusan manusia menguasai segalanya. Banyak projek2 tak terkawal menyebabkan tempat ni tak tau dpt bertahan sampai bila huhu...

Pd tahun ni dah 3 kali kami ke Cameron Highland, actually kali ke3 ni br semua ahli keluarga TCO dpt berkumpul. Penat tp hepy giler. Objektif utama adalah utk bergambar bersama2 di atas kemuncak Ladang teh tempat mak aku keje dulu hehe... Enjoy

p/s: Agak2kan bila kali terakhir anda bergambar bersama kelauarga? Time Raya je ke?Terima Kasih wat teman2 yg membaca blog ini, Anda sememangnya Chumil2 Belaka.Bg mendapatkan gbr2 cuns permandangan silalah emelkan pd saya ek (^^)


(^,^) Kursus Tamat, Ianya Chumil2 Belaka.



Salam teman2 ku yg chumil2, pada 2 Julai 09, sejarah telah tercipta pelajar2 UUM telah  membuat kejutan dlm mase 11 hari mempelajari 3D  mereka menunjukkan prestasi yang baik dan berjaya menyiapkan 4 projek, termasuk 1 projek animasi 30 saat iaitu Ajim Berpantun.



Sempat bergambar setelah kelas tamat, ada 4 pelajar takder time ni, iaitu Ida, Kak Sue hehe, Ann dan waida. Mereka ada misi khas time tu...hehe
















Tahniah kepada pelajar2 yang telah dipilih sebagai pelajar terbaik, Semoga ilmu yg dicurahkan takkan disia2kan. All The Best.

Mr Pxie ke mana pula lepas nie??? Tungguuuu...
hehe ini cikgu Tahir(Keluarga angkat) beliau tgl di Kuala Nerang, kedah, saya sempat melawatnya di sana sebelum balik ke Penang n Ke Klang. (thanks teacher Aumi Sekeluarga)


Inilah kampung cayer di Pulau Pinang, imej ini dirakamkan menggunakan henset cayer. 


Kat penang saya beli buah2 untuk keluarga laks, taktau nak beli apa sbenarnya...Hehe meniaga bahulu laks (^,^)

~ Huhu Pixie Studio menanti, keje manyak lg tak hbs ~
Ingat pelajar2ku KESEIMBANGAN tu pening
Thanks warga UUM, Sintok. Anda mmg chumil2 ahaks!


Abg AJim mula beraksi (^,^)









Hasil kerja Character Modelling oleh pelajar2 yang dihasilkan dalam masa 2 hari...COol!