Friday, August 18, 2017

KVSkills 2016 - Kategori Animation

Video KVSkills Animation : Sumber Kamil & KVKS

Pada November 2016, sy bersama sahabat diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menjadi Hakim bagi pertandingan animasi peringkat kebangsaan KVSKILLS 2016. Ternyata di sini kami berpeluang melihat bakat anak-anak muda kita dalam menghasilkan animasi berdasarkan tajuk yang diberikan. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya menjuarai pertandingan ini.



Program seumpama ini seharusnya diadakan setiap tahun bagi mempromosikan bidang animasi kepada adik-adik yang masih bersekolah rendah dan minat untuk menjadi juruanimasi atau usahawan animasi. Terima Kasih juga kepada penganjur KPM kerana sudi menggunakan khidmat kami.

Terima Kasih, jumpa lagi ^^

No comments: