Saturday, May 19, 2012

Realisasikan Imaginasi Anda! :)

 Salam,

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik Pixie Studio telah berusia 4 tahun lebih, terlalu banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ku tempuhi sepanjang menguruskan perniagaan Design & Multimedia ini. Berkat kesabaran, doa daripada ibu bapa, isteri dan rakan-rakan semua jenama Pixie Studio masih kekal dalam pasaran hingga kini!

Ianya bukanlah Magic tetapi realiti yang boleh dicapai oleh semua orang, asalkan ada usaha berterusan, kesungguhan, ilmu dan sistem yang betul insyaAllah ianya boleh dicapai dan direalisasikan. Anda semua masih muda! Itulah yang sering diucapkali oleh masyarakat kepada kami :)

Kini Pixie Studio yang berpangkalan di Mitc Melaka, melebarkan perkhidmatan dalam memberikan latihan multimedia dan membekalkan produk Multimedia kepada orang ramai.


Mr. & Mrs Pixie sedang ditemubual oleh writer dari Majalah Usahawan Nasional (PUNB) mengenai topik : Capitalizing Social Media for Your Business Growth 

Bagi mereka yang meminati & ingin memulakan perniagaan, saya sendiri mencadangkan agar menggunakan Internet sebagai medium utama dalam pemasaran zaman kini. Sebabnya mudah, ianya menjimatkan kos, menjimatkan tenaga, dan jenama perniagaan dapat dibina dengan kadar yang cepat. Lebih penting lagi prospek dapat diperolehi tanpa had :)

InsyaAllah dalam post akan datang saya akan berkongsikan lebih lanjut mengenai pemasaran di dalam internet.

p/s: psstt jangan lupa sertai FB kami bagi melihat dan mengetahui info terkini mengenai Pixie Studio :)

http://www.facebook.com/pixiestudio

No comments: