Thursday, November 17, 2011

NESLO SESSION | PUNB, KL

Salam,

Pada 15/11/2011 kami telah dijemput khas bagi memberikan taklimat dan berkongsi pengalaman dalam Dunia Perniagaan Online dan Penjenamaan di PUNB, Plaza Sentral KL. Alhamdulillah, tujuan utama (MISI UTAMA) tercapai, ini kerana kami dapat beberapa idea baru, peluang baru dan networking baru semasa gathering tersebut.

Pada hari tersebut, saya sendiri telah memberikan taklimat dan perkongsian dengan geng usahawan yang lain, rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana diberikan penghargaan sedemikian dan dapat berkongsi satu pentas dengan Otai-otai Usahawan yang telah berjaya.
Peluang ini tidak akan kami sia-siakan kerana ianya penting bagi kami mendapatkan respon segera dan pertanyaan dari audien yang mampu meningkatkan lagi kreativiti, dan mempercepatkan mengembangkan pernigaan kami (Pixie Studio) :)
Respon dan reaksi audien sangat positif. Ramai yang tertarik dengan idea bersahaja dan kreatif yang Pixie Studio keluarkan. Alhamdulillah, produk & perkhidmatan kami mendapat perhatian dan kami berasa kehadiran kami sangat dihargai di dalam industri ini.
Pada hari yang sama, kami diberikan peluang untuk memperagakan & membuat jualan terus produk & khidmat kami. Pada hari tersebut salah seorang adikku telah menyertai Team Pixie Studio untuk menyertai Gathering bersama. (Senyum je sepanjang hari ya?) hehe
Di mana ada Mr Pixie, pasti kelihatan Ms Pixie juga. Pada hari tersebut Ms Pixie aka COO di Pixie Studio telah menyertai juga Gathering ini.



Ramai yang mengambil peluang untuk bertanya terus kepada kami, dan mendapatkan seberapa banyak info mengenai perniagaan yang telah kami jalankan. Syabas kepada Team Pixie! ^^
Bergambar bersama encik Shamsul Majid selaku ketua Investment Care & Advisory Dept. Beliau banyak memberikan tips-tips berguna kepada kami dalam memajukan lagi perniagaan.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang kami timba di hari tersebut dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikkan kepada kita semua, InsyaAllah.

p/s: Jangan lupa sertai Facebook kami bagi melihat aktiviti-aktiviti terkini dan produk/perkhidmatan yang kami tawarkan.

Facebook : http://www.facebook.com/pixiestudio

Jadi apakah laluan saya seterusnya?
Nantikan update-update terkini dari saya :)

Pixie Studio | Merealisasi Imaginasi