Friday, February 18, 2011

MelakaFM terjah Pixie Studio?


Salam sahabat, rakan2, dan pengikut2 setia di laman blog ini :)
Salam Sejahtera semuanya ^^

Pada 14/2/2011 baru-baru ini, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari MelakaFM yang ingin menemubual secara langsung dan ekslusif dari Pixie Studio. Skuad Melaka FM yang dianggotai oleh En Azizi, Rin Ahmad, dan Mag. Untuk program terbaru yang dinamakan Skuad Hakmilik MelakaFM, mereka akan menerjah usahawan2 dan menemubual secara langsung dr lokasi Usahawan itu sendiri.

Bagiku, ianya merupakan pengalaman baru, dan yang paling bestnya dapat berkongsi cerita dengan pendengar2 Melaka FM mengenai perniagaan yang aku jalankan iaitu Design & Multimedia.
aku sempat berkongsi cara berniaga menggunakan medium internet sebagai pemasaran

yang bestnya time ni, aku tengah kendalikan kelas Multimedia bersama dengan pelajarku, dengan dia2 sekali kena temubual, terima kasih kepada En Jo kerna sgt2 sporting ^^

Kelihatan en Azizi sedang menemubual en Jo



Terima kasih juga kepada wakil dari PPN, Pn Faraezan dan Pn Farhana kerna sudi datang ke Pixie Studio dan berkongsi maklumat dengan pendengar MelakaFM


Jom dengar perbualan ekslusif ini KLIK SINI


Terima kasih pd Team MelakaFM, semoga berjumpa lagi,
^^

No comments: