Thursday, July 7, 2011

Duniaku ^^

Salam,

Macam biasa, ayat biasa, "lama tak update blog" ^^ hehe,

kehidupanku macam biasa, masih terjerumus dalam dunia Grafik & Multimedia, kini Core Business aku adalah Training Class dan Rekabentuk Laman Web. Permintaan pelanggan yang pelbagai telah mengembangkan lagi perniagaanku, dan perkhidmatan Pixie Studio kini telah bertambah.

Masih mengekalkan prinsip perniagaanku, berkongsi kegembiraan dengan para pelanggan, membuatku lebih mencintai karierku ini.


Kini aku dalam proses mengembangkan dan menyebarkan Jenama Pixie Studio di Persada Dunia. Dengan Rekaan Unik dan Identiti Tersendiri yang diterapkan dalam setiap rekaan Pixie aku yakin perniagaanku akan dapat pergi lebih jauh dan aku mampu dapat menerapkan lebih banyak elemen dan style Pixie ke dalam setiap rekaan yang dihasilkan.

Rezeki ada di mana-mana sahaja, asalkan kita berusaha, rajin, berdoa dan bertawakal, insyaAllah kita akan dapat apa yang dihajati.

Kemahiran yang ada aku kongsikan bersama dengan mereka yang ingin mempelajari rekaan grafik dan multimedia. Secara tidak langsung aku dapat menambahkan lagi pengalaman dan meningkatkan lagi kemahiranku, ^^

Aku gila Gadget la ni, Galaxy Tabku sentiasa menemaniku ke mana sahaja aku pergi ^^


Terima Kasih atas sokongan Ibubapa, rakan-rakan, cikgu2, dan pihak2 yang banyak mendoakan kejayaanku, insyaAllah aku akan keluarkan lebih banyak produk Pixie dan Perkhidmatan yang berkualiti dan Terbaek!





Jom klik LIKE Facebook kami, www.facebook.com/pixiestudio

Axiim - The Chosen One ^^

No comments: