Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat teman2ku dan para pengunjung blog TCO ini. Tahun 2009 sudah berlalu dan 2010 mula membuka lembaran baru, tahun 2010 ini inginku mengejar azam baru yang baru terlintas di hatiku untuk dilunaskan pada tahun 2010 ^^
Banyak perkara telah berlaku dan yang paling aku gembirakan adalah berjaya keluar dari bawah tempurung dan gangguan Kumbang2 dan lalang perosak ^^ Yuhuuu
Pada tahun 09 juga aku telah memulakan karier sebagai freelancer fulltime sebagai CGI Artist dan Designer dan aku mendapat projek pertama design utk menghasilkan booklet belon2 terbang.
Dari sini aku mula bergaul dengan kaki2 biz dan boleh dikatakan kesemuanya sangat2 tua berbanding dengan umurku pada masa itu 22 tahun. Malahan di sinilah aku mula mempelajari selok belok surat2 perjanjian, DO, PO, invois dan lain2 bagi menggelakkan ditipu oleh org2 tua yg bermulut manis ini ^^ paling aku tidak dapat lupa kebanyakkan yg aku jumpa semuanya bermulut manis. Hehe
Kemudiannya aku berjaya mereka bentuk konsep baru bagi identiti Pixie Studio bersama2 dengan Ms Pixie dan daripada beliau lah aku memperlajari selok belok dan strategi yang menarik dalam perniagaan. Beliau sgt mahir dalam aspek pengurusan dan biz plan juga ditulis olehnya. Untuk menghasilkan jenama sendiri bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil sekiranya ada kesungguhan dan kami mencontohi MCKY sebagai jenama tersohor dalam Dunia Kartun.
Pelbagai servis yang Pixie Studio tawarkan dan projek yg kami dapat kebanyakkan ditapis oleh kerana kekurangan tenaga mahir, masih ku ingat dalam ingatan projek 3D pertama yang aku hasilkan adalah meja berkonsepkan papan rehal ^^
Sikit demi sedikit aku dan partner mengumpulkan modal bagi menghasilkan produk pertama kami iaitu Couple Tee ^^ dengan menghasilkan kajian dan permintaan produk ini akhirnya kami dapat menghasilkan style dan konsep kami sendiri yeah! Chumil dan Kegembiraan ^^
Menghasilkan rekaan t-shirt sebenarnya sangat sukar jika dibandingkan dengan menghasilkan animasi ^^ Ini kerana mesej yang hendak disampaikan kepada audien adalah amat terhad iaitu hanya 1 gambar sahaja bagi menjelaskan keseluruhan cerita ^^ berbeza dengan animasi yang mempunya kerangka masa yang cukup bagi menceritakan mesej tersebut. Melalui pergerakan sahaja kita boleh menerima dan memahami mesej tetapi bagaimana jika hanya mempunyai 1 frame sahaja? seperti T-shirt Couple ^^
Alhamdulilah Produk Pixie mula dikenali walaupun hanya di dunia Maya sahaja tetapi ianya mempunyai future dan peluang yang baik pada masa akan datang ^^ Ianya sememangnya produk yang boleh dikormersialkan dengan secara besar besaran ^^ Modal??? hehehehe
Bukan itu sahaja malahan Pixie Studio mempunyai produk lain seperti Button Badge (kini kualitinya bertambah baik dengan cetakkan laser ^^ nasib baik ada biz partner yang mempunyai machine yg canggih)
Button Badge tempat aku luahkan segala idea dan konsep bagi penghasilan projek rahsia pd masa akan datang (ianya memerlukan jangka masa dan modal yg banyak)
Namun ianya tidak melemahkan semangatku kerana aku mempunyai Keluarga dan teman2 yang menyokong dan mempercayai apa yg tengah aku usahakan ^^
Showroom Pixie Studio ^^ Idea dari ayahku sendiri. Hehe tak terpikir untuk display artwork aku sampai macam ni hehehehe. Dalam mengharungi hari demi hari aku telah berkenalan dengan ramai orang yg aku sememangnya tidak kenal, dan kebanyakkannya ialah student2 dari IPT sendiri ^^
^^ banyak yg berlaku pada tahun 2009 sebenarnya mata sudah mengantuk banyak nak tulis tapi hehe simpan2 jugak dulu. Ha lupa lak adik aku dah bersunat gak tahun ni di sini aku ada tangkap beberapa perkara yg berlaku seperti majlis berkhtan, majlis tunang2, dll
Seriusly ni la aku rase aku menaip byk2 mcm ni huhu ke gbr yg byk ni hehehe ^^ Alhamdulilah dengan keuntungan perniagaan Pixie aku berjaya mendapatkan sebuah kamera SLR yg aku idam2kan dr zaman kolej lagi. Aku cuba nak merokai bidang Photography juga kerana amat meminati dunia photography.
Masih ingat lg, dulu aku memulakan biz Pixie nie dgn wang RM300 jer tu pun habis wat beli hosting dan domain name ^^ Dengan hutang motor biruku itu lagi ^^ Alhamdulilah motor dah selesai dibayar dan kini tinggal hutang PTPTN jer hehe (Along pelajar la katakan)
Bagi yang hendak mengetahui tentang aktiviti terkini aku leh add FB aku dengan email azim_crystal@yahoo.co.uk
atau nak tgk2 Pixie leh masuk www.pixiestudio.com.my atau http://pixiestudioblog.blogspot.com
p/s : jangan takut merubah masa depan anda kerana anda sendiri yg menentukan hala tuju hidup anda ^^
Jadi 2010? Apa seterusnya?
Nantikan....
2 comments:
Assalamualaikum, kagum ngan liku-liku sedare, best! ada azam ada usaha ~ saya dah taruk lonk blog sedara kat http://jom-3d.blogspot.com :)
lonk=link
Post a Comment